Isnin, 25 Julai 2011

TIMUN TIKUS

Mesti u alls penah tengok atau ternampak ni kat tepi jalan or kawasan rumah u alls...

Agak pelik namenye... 
Macamlah timun tu tikus yang tanam dan tikus yang punya..
rase bersalah pulak nak makan sebab macam mencurik tikus punya timun..


Pokok timun tikus ni senang sangat nak tumbuh...
Pokoknye suke menjalar kat pokok2 lain..

Ermm tadi search kat google.. jumpe la nie

"PEPASAN atau timun tikus adalah sayuran tradisional yang semakin dilupakan. Pada satu ketika dulu herba saka ini sering ditanam di kampung sebagai tanaman dapur.

Pucuk dan daun mudanya ditumis, dicelur atau juga boleh dibuat sup. Buahnya yang muda dibuat ulam atau dimasak lemak, kari atau mengikut resipi masakan tradisional, seperti juga mentimun.

Selain itu, buahnya juga sedap dibuat halwa. Buah yang sudah ranum, sangat menyelerakan dimakan segar dan rasanya agak manis. Ada juga kultivar menyebabkan buahnya berasa pahit.

Timun tikus sering dijadikan sayuran, tetapi, herba ini juga dimakan sebagai ubat yang dikatakan dapat mengawal kencing manis, antipiretik dan daunnya sebagai poltis."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan